Saturday 13 December 2014

Mimpiku....



Sukacita kite nak berkongsi bersama tentang mimpi yang saya dapat kebelakangan ini.Ramai orang kata jangan percaya pada mimpi sebab ia hanya mainan tidur.Tapi sekarang saya nak share dengan you all semua tentang mimpi saya dan kaitannya.Ok!

  • Mimpi melihat puncak gunung
Ini masa mula mula saya menganalisa tentang kebetulan hal mimpi ni.Mimpi ni berlaku sewaktu saya tengah memikirkan hal yang masih menjadi isu dalam hidup saya.Sebagai contoh saya katakan sekiranya anda memiliki masalah yang anda tidak tahu bilakah ia akan berakhir.Adakah anda akan berjaya mengatasi masalah tersebut??

Sebagai individu biasa adalah sukar untuk mengenal pasti setiap pekerjaan yang kita lakukan akan berjaya atau tidak.Jadi kita memerlukan petunjuk dari tuhan yang maha esa sebagai pedoman untuk kita pada masa akan datang.Sekiranya anda muslim boleh mengamalkan solat sunat istikharah dan bagi yang bukan muslim saya sarankan anda berdoa mengikut kepercayaan masing masing.Tuhan itu Maha Mendengar dan pastinya berkat kesabaran dan keikhlasan kita akan mendapat petunjuk darinya.

Oh ya berbalik kepada mimpi puncak gunung itu tadi..ia memberi maksud kita menemui kejayaan dalam masalah yang kita sedang hadapi.Boleh jadi masalah anda itu cukup besar dan telah menghantui diri anda selama hampir 10 tahun mahupun ia hanya 6 bulan yang lalu.
Waktu itu saya ternampak puncang gunung yang bersalji diantara pergunungan  yang cantik dengan salji yang memukau...kelihatan puncak gunung tersebut diseliputi salji yang memutih.Waktu itu saya seolah berada di dalam kapal terbang dan kelihtaan puncak puncak gunung yang cantik terbentang di hadapan mata saya.

Saya menelefon rakan baik dan bertanya pendapat beliau.Mungkin kerana beliau agak sibuk maka  beliau tidak dapat menjelaskannya kerana tergesa gesa ke tempat lain.
Akhirnya saya tawakkal sahaja dengan menguatkan hati mengatakan mungkin ini adalah petunjuk bahawa masalah saya akan selesai.
Syukurlah ia hanya mengambil masa 2 bulan untuk membuktikan bahawa memang tepat sekali keputusan saya untuk menyelesaikan hal itu dan saya telah berjaya.

Jadi saya nak tanya pada anda..adakah anda sudah percaya pada mimpi anda?
Saya akan berkongsi pengalaman tentang mimpi saya lagi sebentar lagi...







Quotes